awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Pertimbang lebih ramai calon Pemuda BN

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/04/2018
11:50 MYT
PRU14: Pertimbang lebih ramai calon Pemuda BN
Khairul Azwan Harun berkata Pemuda BN tidak pernah kecewa jika tidak dipilih pada PRU14. Gambar Fail.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berharap pucuk pimpinan parti Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan lebih ramai calon Pemuda BN bertanding mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jelasnya, Pemuda BN akan berusaha memastikan aspirasi berkenaan dapat dilaksanakan.
Malah, tegasnya, pergerakan sayap parti BN itu tidak pernah kecewa jika tidak dipilih pada PRU14.
"Istilah kekecewaan tidak pernah wujud dalam Pemuda BN. Kita sentiasa mendukung aspirasi dalam mempertahankan wardah ini dan kita yakin BN akan menang cuma saya mohon supaya pucuk pimpinan dapat mempertimbang keperluan untuk mengetengahkan lebih ramai calon yang terdiri daripada pimpinan Pemuda dan Puteri sama ada untuk DUN dan juga Parlimen. Jadi itu aspirasi kami," katanya selepas perasmian Expo Pemuda 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau juga yakin Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sedang berusaha mempromosikan nama-nama calon dari Pemuda BN kepada pucuk pimpinan menjelang hari penamaan calon.
"Selagi mana belum diumum dan disahkan calon-calon bermakna YB Khairy dan saya akan berusaha untuk calon-calon Pemuda yang kita fikir sesuai dan boleh kita ketengahkan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Khairul Azwan Harun
#Khairy Jamaluddin
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Parlimen
#pemuda
#Pemuda UMNO
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#Puteri
#PWTC
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan