awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun

Nailah Huda
Nailah Huda
06/11/2022
11:31 MYT
PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun
Calon paling veteran dipertaruhkan oleh Pejuang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, 97, manakala calon paling muda ialah Peggy Chaw Zhi Ting (Bebas) dan Muhammad Syahmi Suhaimi (PH)(kanan) pada usia 23 tahun. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Politik di Malaysia dilihat masih terkebelakang dalam mengangkat calon-calon muda apabila 82.6 peratus daripada jumlah keseluruhan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berusia lebih 40 tahun.
Daripada 1,386 calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15, hanya 241 (17.3 peratus) berusia bawah 40 tahun.
Jumlah calon muda itu jauh berbeza daripada jumlah pengundi bawah 40 tahun yang merangkumi 50.48 peratus daripada seluruh pengundi yang berdaftar pada PRU kali ini.
Gelanggang PRU15 sudah dibuka, untuk calon penuh klik di sini!
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas urusan penamaan calon pada Sabtu, kumpulan umur dengan jumlah calon tertinggi adalah dalam lingkungan 50 hingga 59 tahun dengan 443 calon (31.9 peratus), diikuti kumpulan umur lebih 60 tahun dengan 352 calon (25.3 peratus) dan 40 hingga 49 tahun dengan 350 calon (25.2 peratus).
Bagi kumpulan umur bawah 40 tahun, seramai 205 calon berusia 30 hingga 39 tahun (14.7 peratus) dan hanya 36 calon berusia 21 hingga 29 tahun (2.5 peratus).
Dua calon paling muda pada PRU kali ini ialah Peggy Chaw Zhi Ting (Bebas) di kerusi Parlimen Tenom dan Muhammad Syahmi Suhaimi (Pakatan Harapan) di kerusi DUN Tambun Tulang, masing-masing berusia 23 tahun.
Manakala kedua-dua calon paling veteran dipertaruhkan oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, 97 tahun, di kerusi Langkawi dan Fuaddin Kamaruddin, 70 tahun di DUN Kubu Gajah.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon muda
#Mahathir Mohamad
#Peggy Chaw Zhi Ting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan