awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar beri bayangan Nurul Izzah kekal bertanding di Permatang Pauh

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/10/2022
23:45 MYT
PRU15: Anwar beri bayangan Nurul Izzah kekal bertanding di Permatang Pauh
Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi mendakwa bahawa Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Ampang. - Foto fail/Astro AWANI
BAYAN BARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Nurul Izzah Anwar mungkin akan kekal bertanding mempertahankan kerusi disandangnya di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anwar berkata kemungkinan besar Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR terus kekal bertanding di kubu kuat PKR itu meskipun terdapat desas-desus mengatakan beliau mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang.
"Saya bagi scoop lah, kemungkinan ke arah itu lah (bertanding di Permatang Pauh ) kemungkinan besar," katanya.
Anwar Ibrahim berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Pimpinan PKR Pulau Pinang, di Spice Arena Bayan Baru, Pulau Pinang pada Sabtu malam.
Hadir sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan barisan kepimpinan PKR Pulau Pinang serta Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi mendakwa bahawa Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Ampang.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, pembahagian kerusi PH sudah selesai bagaimanapun soal senarai calon akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
Anwar berkata, calon yang berwibawa dan mempunyai dasar perjuangan yang jelas akan diketengahkan menjadi calon di semua kerusi ditandingi PH.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Nurul Izzah Anwar
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan