BUKANLAH sesuatu yang mustahil untuk Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN memenangi pilihan raya umum yang seterusnya.
Kita perlu bersedia dengan permainan yang akan dilakar oleh UMNO.
Kita telah menghadapi fasa-fasa yang sukar sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ketika rakyat mengharapkan prestasi kita berada di tahap yang tertinggi untuk membantu mereka.
Rakyat mahukan reformasi – pada sektor kesihatan, ekonomi dan perubahan iklim.
Hanya dengan matlamat dan azam yang betul kita akan dapat mengembalikan keyakinan kepada rakyat. Proses mendapatkan kepercayaan rakyat harus segera kita mulakan.
Kita harus melihat demografi pengundi Malaysia setelah Undi18 dilaksanakan. Kita akan melihat penambahan 5.8 juta pengundi dengan 1.2 juta pengundi berumur di antara 18 sehingga 21 tahun.
Sekiranya PRU15 diadakan pada tahun ini, pengundi termuda lahir pada tahun 2004 – selepas tercetusnya Reformasi.
Kita harus tetap berbangga dengan sejarah yang dimiliki oleh KEADILAN, namun kita harus mencari jalan untuk menjadi relevan dalam kalangan pengundi-pengundi muda.
Sebagai contoh yang mudah, kita harus membiasakan diri dengan aplikasi yang terkenal dengan demografi anak muda – seperti TikTok.
Kita harus menggunakan platform seperti ini untuk menyampaikan mesej tentang apa yang kita perjuangkan.
Kita tidak boleh berada pada takuk yang lama – masih lagi menggunakan isu-isu ketika PRU14 sebagai modal. Saya yakin pengundi-pengundi sudah mula muak dengan isu-isu yang sama berulang kali.
PH dan KEADILAN sudah pernah menjadi kerajaan Persekutuan. Kita juga memiliki kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan. Rakyat akan menilai kita ketika kita sedang berkuasa.
Ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan, selain daripada Undi18, kita juga cuba mengembalikan hak keistimewaan untuk Sabah dan Sarawak yang akhirnya gagal kerana permainan politik Umno, Pas, dan GPS!
Kita juga mendesak supaya gaji minimum dinaikkan, dan menjadikan sekolah mudah diakses untuk semua. Kerajaan ketika itu juga lebih terbuka kepada media.
Cuma tempoh 22 bulan ini juga ada cacat dan kelemahannya. Ia adalah masa yang sesuai untuk kita semua jalan ke hadapan dan fokus membantu rakyat.
Kita harus memiliki pendirian yang jelas tentang isu-isu berkaitan rakyat. Kita harus fokus bercakap isu-isu yang penting terhadap rakyat – termasuklah isu kebajikan dan kepentingan negara.
Kita tidak seharusnya menjadi populis semata-mata. Selalunya politik populisme tidak membawa apa-apa perubahan.
KEADILAN harus datang dengan idea-idea untuk mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat. Dasar-dasar yang bakal membantu rakyat seharusnya kerap kita laungkan.
Kita tidak boleh menyalahkan orang muda dengan tuduhan mereka terlalu memilih kerja. Kita dapat melihat begitu ramai graduan yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan mereka untuk menyara kehidupan.
KEADILAN juga harus mula bercakap tentang isu-isu perubahan iklim.
Kita harus melindungi kesejahteraan alam dan ekonomi, kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Selain itu, kita juga harus membawa suara minoriti di Malaysia – terutamanya dalam isu-isu berkaitan bangsa, agama, jantina, dan bahasa.
Sebagai parti berbilang bangsa yang paling berjaya di negara ini, ia adalah tugas hakiki parti.
Kemudian, kita harus melihat isu lompat parti yang telah menjadikan negara ini kucar-kacir. Ia tidak boleh diulangi.
Kita mesti menolak mereka-mereka yang lompat parti – sebelum kita dihukum oleh pengundi.
Sesiapa yang ingin memiliki jawatan di parti ini harus komited dan berdedikasi untuk agenda reformasi. Kita hanya akan diundi sekiranya parti dilihat berwibawa.
Walaupun generasi hari ini tidak lahir pada zaman Reformasi, tapi mereka tetap memiliki niat yang sama – mahu membina semula Malaysia yang lebih adil.
Apa yang saya perkatakan tentang keinginan generasi muda mampu dicapai sekiranya Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim mampu meletakkan pasukan muda yang kuat dan boleh dipercayai.
Jalan kita masih yang panjang. Kita hanya akan berjaya jika bekerja keras, saya yakin kita mampu memberikan rakyat kerajaan yang mereka benar-benar perlukan.
* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau merupakan mantan Ketua AMK dan Pemuda PH. Beliau telah menulis beberapa buku, termasuklah 9 Mei 2018: Catatan dari Garis Depan.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Fri Jan 21 2022

NIK NAZMI: Hanya dengan matlamat dan azam yang betul kita akan dapat mengembalikan keyakinan kepada rakyat. -Gambar fail/BERNAMA

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kg Iboi, Kupang semalam, ditemui dalam keadaan berpelukan dengan ibu mertuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Nasib Etnik Uyghur | 20 NGO serah memorandum di Kedutaan Besar China
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum membantah penindasan terhadap etnik Uyghur di Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur. Penyerahan memorandum tersebut antaranya menuntut hak kebebasan beragama terhadap kaum minioriti Islam itu, selain sempena 13 tahun insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur. Perkembangan bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad.

Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.

PRU15: GPS yakin takluk semula kerusi pembangkang - Abdul Karim
Momentum kemenangan GPS pada PRN12 lalu memberi keyakinan untuk gabungan itu merampas semula kerusi terutama di kawasan bumiputera termasuk kerusi Selangau, Lubok Antu dan Puncak Borneo.

PRU15: SEDAR sah bertanding, sasar lapan kerusi majoriti Melayu-Melanau
SEDAR sah akan meletakkan calonnya di lapan kerusi parlimen majoriti Melayu-Melanau termasuk Petra Jaya, Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Tanjung Manis, Igan dan Mukah.

'Saya tetap sokong Ismail Sabri sebagai PM' - Tajuddin
UMNO Bahagian Pasir Salak akan terus menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: UMNO kenal pasti calon 'heavyweight' untuk bertanding di Selangor
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah antara kriteria yang akan diambil kira sebagai salah satu strategi PRU15 di Selangor.

PRU15: PH belum muktamad pengagihan kerusi termasuk yang ditinggalkan Bersatu- Mahfuz
Keputusan tersebut akan dibincangkan bersama-sama parti komponen dalam PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bersatu hadapi musuh, henti serang sesama sendiri - Pesanan Ku Li pada pemimpin UMNO
Tindakan pemimpin UMNO 'berkelahi' sama sendiri hanya beri peluang pada musuh ambil kesempatan, kata veteran UMNO itu.

PRU15: BN tidak akan benar 'political cornering' yang berlaku di Sabah berulang - Zahid Hamidi
Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan sebarang 'political cornering' yang berlaku terhadap gabungan politik itu di Sabah sebelum ini berulang.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Henti laga pemimpin parti, fokus rapatkan barisan menjelang PRU15 - Hishammuddin
Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.