awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bakar khemah parti politik, lelaki ditahan polis

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
13/11/2022
05:27 MYT
PRU15: Bakar khemah parti politik, lelaki ditahan polis
Polis melakukan penangkapan terhadap seorang lelaki berusia 28 tahun itu di sekitar kawasan terbabit pada Ahad. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Tindakan seorang lelaki yang membakar khemah di bilik gerakan sebuah parti politik dekat Taman Mutiara, di sini membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad.
Jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan mengenai kejadian khianat itu sekitar jam 10.37 malam pada Sabtu.
Katanya, susulan itu pihak polis melakukan penangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun di sekitar kawasan terbabit pada Ahad.
"Suspek disyaki dalam keadaan mabuk semasa tangkapan dilakukan keatasnya.
"Permohonan reman ke atas tangkapan akan dibuat pada Ahad.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Tambahnya, pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Topic Berkaitan
#PRU15
#bakar bendera
#Batu Pahat
#lelaki mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan