awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN optimis rampas kembali Parlimen Tampin, Kuala Pilah - Tok Mat

Bernama
Bernama
12/11/2022
20:00 MYT
PRU15: BN optimis rampas kembali Parlimen Tampin, Kuala Pilah - Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga calon Parlimen Rembau berkata pihaknya juga yakin mampu merampas Port Dickson yang dikuasai Pakatan Harapan ketika ini menerusi usaha dan gerak kerja yang kuat daripada jentera parti.
"Kami mahu menawan semula Kuala Pilah dan Tampin, dan kini kami menyasarkan Port Dickson pula. Saya berpendapat sekiranya kita berusaha lebih giat, bekerja keras, ia dalam genggaman kita.
"Sekarang saya juga gembira dengan perkembangan di lapangan. Jentera bekerja dengan baik, sambutan diterima juga baik kalau kita pergi ke mana-mana.
"Jadi, kita bukan sahaja dapat mempertahankan apa yang kita capai pada 2018, malah akan merampas semula lebih banyak kerusi kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah Prima Residensi di Rantau pada Sabtu.
Pada PRU14, Parlimen Tampin dimenangi oleh Datuk Dr Hasan Baharom dari Parti Amanah Negara (Amanah) menewaskan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dari BN manakala Parlimen Kuala Pilah disandang oleh Datuk Eddin Syazlee Shith dari Bersatu yang memperoleh majoriti 200 undi menewaskan Datuk Seri Hasan Malek (BN).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian manakala hari pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Parlimen Tampin
#PRU15
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan