awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Pahang terima sokongan padu Orang Asli

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
14/11/2022
01:40 MYT
PRU15: BN Pahang terima sokongan padu Orang Asli
Wan Rosdy (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Penutup Karnival Usahawan AIM Cawangan Lipis di Dewan Orang Ramai Felda Sungai Koyan, Lipis, semalam. - Foto Astro AWANI
LIPIS: Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang sudah bijak menilai semua usaha yang dilakukan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti Barisan Nasional (BN) selama ini.
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kempen yang dilakukan mendapat sokongan padu dan tidak berbelah bahagi masyarakat minoriti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 19 Nov ini.
"Perjalanan (kempen) cukup baik, lancar. Yang hadir pun ramai. Saya fikir, ia sebab ada beberapa perkara yang mereka mohon masa PRU14 dulu telah banyak kita tunaikan, seperti kemudahan asas dan sebagainya.
"Saya boleh cakap, mereka datang beramai-ramai sebagai tanda memberi sokongan yang baik termasuk di kawasan saya. Mereka ingat pada bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Karnival Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Lipis di Dewan Orang Ramai Felda Sungai Koyan 2, semalam.
Hadir sama Pengarah Operasi dan Lapangan AIM, Zubairi Fadzil dan Pengurus Besar AIM Wilayah Pahang, Faizal Noor Laiman.
Mengulas lanjut berkenaan pihak pesaing menabur fitnah dalam usaha meraih undi, Wan Rosdy berkata ia perkara biasa terutamanya ketika berkempen.
"Dalam politik (fitnah) dan jadi macam perkara biasa pula, mereka akan cuba sedaya upaya menceritakan perkara yang boleh mempengaruhi orang lain walaupun perkara itu tidak betul.
"Namun saya bangga apabila melihat pada perkembangan setakat ini, Orang Asli di Pahang menolak (fitnah) kerana dulu pun macam itu juga.
"Mereka datang nak buat itu, nak buat ini, cerita keburukan dan sebagainya, tetapi tidak ada apa terjadi pun selepas itu," katanya.
Jelasnya lagi, pihak luar tiada yang datang membantu malah masyarakat Orang Asli sendiri mengakui ketika menghadapi kesukaran seperti pandemik COVID-19 atau bencana, hanya kerajaan BN yang muncul menghulurkan bantuan.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Orang Asli
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan