awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Demi Sebuah Rindu': Ruang jujur Didie Shazry berkongsi emosi
Ramadan Sobhi, rakan senegara Mo Salah dihukum penjara
EPL: Leeds sekat kemenangan Liverpool pada aksi tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Sabah akur dan sokong gabungan diputuskan BN Pusat

Assim Hassan
Assim Hassan
21/11/2022
05:31 MYT
PRU15: BN Sabah akur dan sokong gabungan diputuskan BN Pusat
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu penting dalam memastikan kestabilan negara.
KUALA LUMPUR: Semua tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan akur dengan keputusan BN Pusat dalam menentukan gabungan yang akan mentadbir negara.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu penting dalam memastikan kestabilan negara.
"BN Sabah ikut keputusan parti. Ini untuk kestabilan negara kita... oleh itu kita kena ikut (akur)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Ditanya mengenai tindakan Gabungan Rakyat Sabah yang merupakan rakan BN Sabah mentadbir kerajaan negeri, Bung Moktar berkata, GRS telah melanggar perjanjian dengan BN Sabah.
Sehubungan itu, tegasnya, BN Sabah akan berbincang dengan GRS mengenai kedudukan rakan dalam kepimpinan negeri selepas Kerajaan Pusat ditubuhkan.
"Nampak gayanya GRS sudah melanggar perjanjian kita. Kita akan berbincang nanti dengan GRS (mengenai kerjasama BN di Sabah) selepas kerajaan Pusat ditubuhkan," katanya.
Pada PRU15, BN Sabah menang tujuh kerusi masing-masing di Parlimen Beaufort, Kimanis, Libaran, Kalabakan, Putatan, Pensiangan dan Kinabatangan.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#BN Sabah
#Politik Sabah
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan