KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bercakap kosong dan menabur janji palsu dengan menggunakan alasan 'debat' seperti mana dilakukan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukanlah cara beliau.
Ismail Sabri berkata adalah lebih baik beliau menumpukan kerja dan khidmat bakti kepada rakyat dan lebih prihatin kepada persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari segi keselamatan rakyat berbanding terlibat dalam debat.
"Adalah lebih baik saya menyantuni dan bertemu sendiri rakyat dari pelbagai kaum serta lapisan masyarakat sebagai sebuah keluarga," kata perdana menteri menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
Menurut Ismail Sabri, beliau diajukan soalan mengenai cadangan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat calon Perdana Menteri dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022, di Bukit Aman di sini hari ini.
"Cukup-cukuplah meraih populariti dengan berbekalkan janji manis dalam pengucapan debat. Beliau (Anwar) perlu mempunyai rasa belas ihsan pada nelayan, petani, walhal anak muda yang telah tertipu dengan pelbagai retorik debat yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Perdana menteri turut menyarankan Anwar untuk berdebat ketika waktu sidang Parlimen diadakan selepas PRU15.
"Saya sarankan beliau berdebatlah ketika waktu sidang Parlimen diadakan selepas kerajaan baharu yang dipilih rakyat nanti. Atau mungkin di pentas parti masing-masing, dan di situ, tiada siapa pun yang menghalang kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi," katanya.
Terdahulu ketika diajukan soalan mengenai cadangan Anwar supaya calon Perdana Menteri berdebat secara terbuka sempena PRU15, Ismail Sabri berkata ia bukan budaya di negara ini.
Anwar sebelum ini dilaporkan mencadangkan tiga calon Perdana Menteri daripada PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan debat terbuka sempena PRU15 dan perbahasan tersebut perlu menumpukan kepada soal dasar serta perancangan dan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Ismail Sabri berkata adalah lebih baik beliau menumpukan kerja dan khidmat bakti kepada rakyat. - Gambar fail
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.