awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Cuti umum pada 20 dan 21 November jika PN menang - Muhyiddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/11/2022
14:10 MYT
PRU15: Cuti umum pada 20 dan 21 November jika PN menang - Muhyiddin
Kata Muhyiddin, inisiatif tambahan dalam manifesto mereka itu adalah bagi memudahkan orang ramai yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Cuti umum akan diberikan jika Perikatan Nasional (PN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) 19 November ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif tambahan dalam manifesto mereka itu adalah bagi memudahkan orang ramai yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
"Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka.
"Jadi saya nak umumkan, jika Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan hari Isnin bagi negeri-negeri lain. Ini akan membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin," katanya pada majlis pengumuman manifesto PN di ibu negara, pada Ahad.
Bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang, manifesto itu mengandungi 12 tunjang beserta 234 inisiatif yang membabitkan aspek ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan serta wanita untuk tempoh lima tahun akan datang.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#cuti umum
#PRU15
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan