awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Elak masjid jadi medan politik - MAIK

Bernama
Bernama
27/10/2022
09:40 MYT
PRU15: Elak masjid jadi medan politik - MAIK
Imam masjid di seluruh negeri juga hendaklah mengelakkan masjid daripada dijadikan gelanggang politik dan tempat berkempen ketika PRU15. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengingatkan semua pegawai masjid mukim agar tidak terbabit dalam apa-apa jua kempen mahupun aktiviti dan urusan membabitkan politik kepartian.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata imam masjid di seluruh negeri juga hendaklah mengelakkan masjid daripada dijadikan gelanggang politik dan tempat berkempen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Satu surat pentadbiran sudah dikeluarkan oleh MAIK pada 11 Okt lepas berkaitan penangguhan pengeluaran kebenaran khas mengajar agama kepada penceramah di masjid bandar, jajahan dan mukim di seluruh Kelantan bertujuan mengelakkan masjid daripada menjadi lokasi kempen kumpulan tertentu bagi menyampaikan agenda dibawa.
"Saya mengingatkan pegawai masjid supaya perlu memastikan penceramah yang memiliki tauliah mengajar agama daripada MAIK sahaja dibenarkan menyampaikan ceramah di masjid sebagaimana termaktub dalam Seksyen 91 Enakmen MAIK," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama 610 Imam-Imam Kelantan Tahun 144H/2022M di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.
Tengku Mohamad Rizam berkata ia termasuk menyampaikan khutbah, iaitu hanya pegawai masjid dan khatib undangan dilantik sahaja dibenarkan menyampaikannya bagi mengelak mimbar yang suci dijadikan 'gelanggang kempen' demi kepentingan peribadi dan juga kumpulan tertentu.
Pada majlis itu, Tengku Mohamad Rizam, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, turut menyampaikan sumbangan fidyah hampir RM1 juta kepada 20 masjid bandar dan jajahan di seluruh Kelantan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di 610 mukim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#politik
#kempen politik
#masjid
#MAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan