awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: GRS akan sokong calon BN, mahu BN sokong calon GRS - Hajiji

Radhi Muslim
Radhi Muslim
25/09/2022
07:10 MYT
PRU15: GRS akan sokong calon BN, mahu BN sokong calon GRS - Hajiji
Hal ini kerana, kata Ketua Menteri Sabah itu, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.
SANDAKAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Hal ini kerana, kata Ketua Menteri Sabah itu, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.
"Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu. Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan menyokong mereka.
"(Ini) kerana kita dalam satu kerajaan iaitu Kerajaan GRS dan BN," katanya ketika berucap semasa Program Jelajah GRS Batu Sapi di Sandakan pada Ahad.
Tambah Hajiji lagi, kerjasama antara GRS dan BN perlu diperkukuhkan kerana rakyat negeri ini mahukan sebuah kerajaan yang stabil dalam membela nasib mereka.
"Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu. Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi.
"Kali ini kita berharap dapat bekerjasama sebaik mungkin dan membawa Sabah ke hadapan selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya," katanya.
Sementara itu, Hajiji memberi jaminan kerajaan negeri dipimpin beliau akan menangani semua isu berbangkit di kawasan Batu Sapi termasuk isu setinggan.
Katanya, beliau telah berbincang dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun untuk meneliti isu berkenaan termasuk mewartakan penempatan setinggan dalam rizab kampung.
Topic Berkaitan
#Calon PRU15
#Calon GRS
#Hajiji Noor
#GRS BN
#kerjasama GRS BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan