awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat

Sinar Harian
Sinar Harian
23/10/2022
02:40 MYT
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Poster tular memaparkan Mohana, Hans, Xavier dan Ahmad Yunus didakwa bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Langat pada PRU15. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51 serta bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menafikan diri mereka bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia berikutan sebuah poster tular dalam media sosial pada Sabtu memaparkan kedua-dua mereka bersama Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy Rama dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Namun Hans Isaac ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tidak mengetahui dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
"Sudah empat hari saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur kerana ada jangkitan paru-paru, hari ini baru keluar.
"Yang itu (poster tular) saya tidak tahu, apa-apa saya kena tunggu pucuk pimpinan atau presiden hubungi seperti biasa," katanya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Xavier memaklumkan ingin berehat seketika daripada sebarang aktiviti politik buat masa ini walaupun banyak pihak inginkan beliau bertanding dalam PRU15.
Bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya untuk berhentikan kegiatan politik buat sementara waktu.
"Penduduk, ketua komuniti dan sebagainya nak saya bertanding kerana saya masih terus bertugas hingga ke hari ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Parlimen Kuala Langat
#Hans Isaac
#PRU15
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan