UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PRU15: "Ini keputusan yang paling sukar" - Kasthuri Patto umum tidak bertanding

Penyandang Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada parti DAP mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dewi Nur Harasha Alias
Thu Oct 20 2022
PRU15: Ini keputusan yang paling sukar - Kasthuri Patto umum tidak bertanding
Kasthuri berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada pemimpin masa depan dalam DAP dan Malaysia. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Penyandang  Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada parti DAP mengumumkan  tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kasthuri berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan  kepada pemimpin masa depan dalam DAP dan Malaysia.

Bagaimanapun Kasthuri yang menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan selama dua penggal itu  berkata, dia akan terus kekal dalam parti dan meneruskan semangat yang diperjuangkannya sebelum ini.

"Saya sangat terhutang budi  budi kepada parti kerana menyediakan platform kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan.

“Saya akan meneruskan semangat memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, membangkitkan isu-isu berkaitan wanita, pemansuhan hukuman mati, keterangkuman jantina, kebebasan sivil dan membasmi perkahwinan bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!

Pada masa yang sama, Kasthuri  turut menyangkal  khabar angin yang mendakwa beliau digugurkan daripada kerusi Batu Kawan atau berpindah ke kawasan lain sebaliknya menegaskan keputusan itu dibuat dengan rela hati.

“Ini adalah keputusan yang paling sukar yang saya perlu buat  dalam hidup saya.

“Kepimpinan parti memujuk saya untuk memikirkan semula keputusan yang dibuat, namun saya tetap dengan keputusan saya dan kepimpinan parti akur dan merestui keputusan saya” katanya lagi.

Kasthuri mula menjadi Ahli Parlimen pada 2013 selepas memenangi kerusi Batu Kawan dengan majoriti 25,962 undi.

Dia seterusnya mengekalkan kawasan itu dengan majoriti lebih tinggi iaitu 33,553 undi pada PRU 2018.

Ketika ini dia turut memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa  Pilihan Khas bagi hal ehwal antarabangsa selain terpilih sebagai Presiden Ahli Parlimen untuk Tindakan Global (PGA) pada Disember lalu.
#Ahli Parlimen Batu Kawan#PRU15#Kasthuri Patto#DAP
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India

10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India

Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir

Filipina gesa diplomat China diusir

Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru

Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru

Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand

61 maut akibat strok haba di Thailand

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.

China minta Filipina henti provokasi

China minta Filipina henti provokasi

Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi

Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi

Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh

[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh

PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina

Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek

KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly

Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly

Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.

PRU15: Ini keputusan yang paling sukar - Kasthuri Patto umum tidak bertanding

PRU15: "Ini keputusan yang paling sukar" - Kasthuri Patto umum tidak bertanding

Penyandang Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada parti DAP mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis

YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menamatkan zaman bujangnya selepas berkenalan kira-kira tiga tahun dengan seorang bekas wartawan Perancis.