awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jentera BN Pahang dapat sambutan rakyat - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
14/11/2022
13:07 MYT
PRU15: Jentera BN Pahang dapat sambutan rakyat - Hishammuddin
Hishammuddin yakin parti itu akan menjadi pilihan rakyat pada 19 November ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Hanya tinggal lima hari sebelum hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semua parti dilihat agresif berkempen bagi meraih sokongan rakyat.
Di Pahang, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin parti itu akan menjadi pilihan rakyat pada 19 November ini.
Ujarnya, kerja keras jentera BN untuk meyakinkan pengundi mendapat sambutan daripada rakyat.
"Saya tengok dari segi semangat dalam beberapa kawasan saya dah turun. Di sebelah pagi di Raub, selepas itu di Kuala Krau, dan Kuantan.
"Saya rasa agak lega kerana peringkat awal berkempen ini, jentera-jentera kita di kawasan-kawasan yang saya turun, nampak kerjasama.
"Bukan sahaja dalam parti masing-masing, bukan sahaja antara calon-calon kita, bukan sahaja antara pemimpin parti-parti, kerjasama antara calon dengan rakyat pun merupakan sesuatu yang saya rasa memberi kelebihan kepada calon-calon kita menjelang 19 November depan.
"Saya harap ia dapat terus dipertahankan sehingga tarikh pembuangan undi," katanya di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 'Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan'
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Menjelajah ke lima Parlimen di Pahang, Menteri Kanan Pertahanan itu memulakan jelajahnya di Raub, Kuala Krau, Kuantan, Indera Mahkota dan berakhir di Pekan.
"Selepas ini saya hendak turun ke Kuantan pula. Sebelum ini saya turun ke Johor, saya tengok suasana pun agak baik. Peringkat awal ini kita jaga jentera-jentera kita dahulu.
"Kita turun ke PDM-PDM kita dahulu. Kita turunkan arahan-arahan kita kepada jentera kita.
"Selepas itu mungkin dalam last lap ini di penghujung ini, kita go all out mendekati rakyat. Untuk menyakinkan kepada kita untuk mengundi calon-calon kita," jelasnya lagi.
Selain Pahang, Hishamuddin turut menjelajah di beberapa negeri antaranya di Perak, Selangor, Melaka bagi membantu jentera BN dalam PRU kali ini.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Hishammuddin Hussein
#sambutan rakyat
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan