awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub

Bernama
Bernama
09/11/2022
21:30 MYT
PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub
Salahuddin berdepan saingan tiga penjuru melibatkan pertembungan dengan calon Barisan Nasional Datuk Nur Jazlan Mohamed dan calon Perikatan Nasional Loh Kah Yong di Parlimen Pulai. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor sentiasa memastikan jenteranya mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dengan mana-mana isu khianat termasuk merosakkan bendera parti lain.
Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang memandangkan ini bukan kali pertama pilihan raya diadakan dalam negara.
"Saya akan pastikan jentera PH di Parlimen Pulai khususnya akan menghormati setiap undang-undang dan peraturan, dan suka saya ingatkan sekiranya ada perbuatan khianat, itu bukan datang dari PH," katanya pada kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat dan ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Bukit Indah, di sini pada Rabu.
Timbalan Presiden Amanah itu berkata demikian ketika mengulas isu kerosakan bendera parti-parti yang bertanding PRU15 yang dilaporkan berlaku di Johor sejak kempen bermula Sabtu lepas.
Salahuddin yang merupakan penyandang Parlimen Pulai itu berhadapan dalam saingan tiga penjuru yang melibatkan pertembungan antara beliau, calon Barisan Nasional Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-UMNO), dan calon Perikatan Nasional Loh Kah Yong (PN-Gerakan).
Pada PRU14, Salahuddin menewaskan Nur Jazlan iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 28,924 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#PH Johor
#Salahuddin Ayub
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan