awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB

Bernama
Bernama
21/11/2022
03:00 MYT
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan. - Foto fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Kedah kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac depan walaupun Perikatan Nasional (PN) berada dalam momentum terbaik berbuat demikian selepas memenangi 13 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.
"Kita tidak mahu buat pilihan raya sekarang kerana banjir dijangka berlaku antara November hingga Mac, jadi selepas bulan Mac nanti, bila-bila sahaja pembubaran DUN boleh dilakukan. Kalau tidak dilakukan dalam tempoh itu, ia akan 'luruh' sendiri pada Julai tahun hadapan.
"Kita kena ambil kira semua aspek kerana peralihan monsun, banjir ini berakhir Mac dan selepas itu kita akan berpuasa, sambut Aidilfitri dan Aidiladha pula. Selain itu, saya kena berbincang dengan Kelantan dan Terengganu dahulu, buat sekali barulah 'syok' sikit," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan membubarkan DUN Kedah berikutan PN dalam momentum yang terbaik selepas memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam.
Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah menghadiri Majlis Kesyukuran PN bersama semua Ahli Parlimen PN yang baharu dipilih di Kedah yang turut disertai ribuan penyokong parti itu di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN
#PRU15
#bubar
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan