Skip to main content

Politik

PRU15: Khairy mampu menang di Sungai Buloh - MIC

51665910913_KhairyJamaluddinU.jpg
KUALA LUMPUR: MIC yakin Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, Khairy adalah calon yang boleh menarik minat pengundi dalam kalangan Melayu bandar, untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

“Saya merasakan Khairy calon yang sangat baik untuk Sungai Buloh kerana ia adalah kerusi Melayu bandar.

"UMNO juga sangat gembira kerana MIC memenuhi (permintaan mereka). Tetapi, ia juga mesti bergantung kepada rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kelestarian MIC dalam BN.

“Pada saya, jika kita tidak dapat memenangi kerusi, perkara terbaik untuk dilakukan ialah menukar kerusi itu dengan ahli politik yang mempunyai penyokong kuat, yang boleh memenangi kerusi itu.

“Itulah yang kita panggil hubungan kekeluargaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama jawatankuasa eksekutif pusat parti untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan parti.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Senarai calon-calon Parlimen BN dan PN

Tiga kerusi tradisi MIC diberikan kepada UMNO pada PRU15 kali ini, iaitu Parlimen Sungai Buloh, Kapar dan Cameron Highlands, dan sebagai pertukaran MIC ditawarkan kerusi Teluk Intan, Kuala Langat dan Batu.

Parti itu juga akan membuat kemunculan semula di Port Dickson, yang pernah menjadi kerusi tradisinya satu ketika dahulu.

Must Watch Video

Advertisement