KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kurang sesuai diadakan tahun depan, atas faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.
"Saya yakin ia akan diadakan tahun ini juga kerana banyak indikator yang menunjuk ke arah itu, Saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan (PRU15)," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Beliau berkata kesiapsiagaan BN untuk menghadapi PRU15 telah dimulakan di semua peringkat dengan rancangan untuk bersaing dengan semangat 'underdog' bagi memastikan jentera parti berusaha sebaiknya untuk memperoleh sokongan pengundi.
"Kita mesti mengusahakan lebih daripada apa yang kita perolehi terdahulu. Kita berusaha ke arah untuk dominan pada (PRU15) kali ini, walaupun kita merupakan parti underdog yang diserang daripada pelbagai sudut terutama dengan isu-isu yang banyak ditujukan kepada kita," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya, berkata BN perlu tangkas menangkis tohmahan pembangkang, terutamanya di media sosial dalam isu-isu berbangkit seperti isu kapal tempur pesisir (LCS) bagi mengelak ia daripada "membunuh" BN.
Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO, berkata jentera BN tidak boleh menunggu sehingga tempoh berkempen untuk menjawab isu berkenaan.
"Tugas media sosial Wanita BN, Pemuda, Puteri dan media sosial komunikasi BN (BN Comms) adalah jawab dengan segera semua isu-isu yang dibangkitkan. Jangan tunggu. Kita kena menjangkakan terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kepimpinan parti bersedia untuk membawa resolusi dibentang Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di konvensyen itu hari ini sebagai manifesto BN untuk PRU15.
Resolusi tersebut antaranya merangkumi penubuhan bank wanita dan universiti wanita, kelonggaran bekerja dari rumah untuk ibu yang mempunyai anak berusia dua tahun dan pindaan dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan anak daripada ibu warganegara dan bapa warga asing.
Turut hadir pada penutup konvensyen BN ialah naib pengerusinya, merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S.Vigneswaran serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).