awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Legasi BN sudah 'terkubur' di P. Pinang, gagal tawan walau satu kerusi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/11/2022
05:31 MYT
PRU15: Legasi BN sudah 'terkubur' di P. Pinang, gagal tawan walau satu kerusi
Reezal Merican Naina Merican gagal menepati ramalan selepas dikalahkan Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi. - Foto fail
GEORGE TOWN: Legasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dilihat sudah terkubur apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, BN tewas di kesemua 13 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Daripada 13 kerusi Parlimen di negeri itu, Pakatan Harapan (PH) menang 10 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) berjaya tawan tiga kerusi.
Buat pertama kalinya juga dalam tempoh 48 tahun, BN kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1974.
Calon heavyweight Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican gagal menepati ramalan selepas dikalahkan Dr Siti Mastura Muhammad dari PN dengan majoriti 2,867 undi.
Siti Mastura, 33, merupakan satu-satunya calon tunggal wanita daripada Pas bagi PRU15 di Pulau Pinang pada kali ini.
Ketika BN 'tersungkur' di peringkat persekutuan pada 2018, Reezal Merican tetap berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,736 undi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan turut melakar kemenangan selesa dengan majoriti sebanyak 12,252 setelah memperoleh 31,116 undi bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor.
Sepanjang sejarah pilihan raya umum, kerusi Parlimen Tasek Gelugor tidak pernah dimenangi mana-mana parti selain BN.
Pada PRU14, Datuk Shabudin Yahaya yang bertanding atas tiket BN menang tipis dengan 81 undi. Beliau kemudiannya keluar parti dan menyertai Bersatu.
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Reezal Merican Naina Merican
#Malaysia Memilih
#Barisan Nasional
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan