KUALA LUMPUR: MIC kekal bertanding di kesemua kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran.
Vigneswaran berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas keputusan berkenaan yang diumumkan ketika pelancaran Brigade Kebangsaan MIC pada September lepas.
"Kerusi tambahan bagi MIC untuk PRU15 masih dalam peringkat perbincangan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Ahmad Zahid merasmikan perhimpunan agung parti itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sebanyak 3,000 perwakilan dan pemerhati hadir pada perhimpunan itu.
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).
Vigneswaran pada perhimpunan itu berikrar MIC akan berusaha bersungguh-sungguh bersama dengan jentera BN untuk memenangi semua kerusi ditandingi pada PRU15, dan tindakan akan diambil terhadap ketua bahagian yang tidak menolong calon parti komponen BN lain.
Mengakui antara faktor kegagalan MIC pada PRU lepas adalah lambat menamakan penyelaras untuk kawasan yang akan ditandingi, beliau berkata bagi mengelakkan keadaan berulang, penyelaras telah dilantik dua hingga tiga tahun lepas untuk bekerja di semua kerusi tradisi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
MIC kekal bertanding di kesemua kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran. - BERNAMA
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
AS tidak sokong operasi ketenteraan Israel di Rafah
Amerika Syarikat tidak melihat rancangan Israel untuk meletakkan operasi ketenteraan di Rafah adalah sebagai satu rancangan yang selamat dan komprehensif
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
39 disahkan maut, puluhan masih hilang
Hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 39 mangsa, kata pihak berkuasa tempatan yang menjangkakan peningkatan angka kematian kerana puluhan lagi masih hilang.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.
KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.
Peremajaan: MIC perlu pemimpin muda berwibawa
Dalam usaha meremajakan parti, pemimpin muda yang diperlukan haruslah dalam kalangan mereka yang memahami arena politik dengan baik.
MIC akan kumpul dana daripada ahli laksana program parti
MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya.
Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.
Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.