awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: MIC sedia lepaskan kerusi tradisi demi kemenangan BN - Saravanan

Israr Khalid
Israr Khalid
01/11/2022
00:45 MYT
PRU15: MIC sedia lepaskan kerusi tradisi demi kemenangan BN - Saravanan
SARAVANAN: Kemenangan individu tak penting, yang penting kemenangan BN. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata parti itu sedia melepaskan kerusi tradisi mereka untuk memberi laluan kepada calon dari komponen lain yang lebih berpeluang untuk menang.
Jelasnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah lebih mustahak untuk mereka meraih seberapa banyak kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ujar Saravanan, landskap politik negara sudah berubah dan mereka juga harus menyantuni perubahan selaras keperluan dan kehendak rakyat untuk menawan hati mereka.
“Kami MIC di bawah kepimpinan Tan Sri Vigneswaran mengambil pendekatan yang melihat secara rasional,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Beliau memberi contoh percaturan mereka di kerusi tradisi, Cameron Highlands yang membuahkan kemenangan apabila tidak lagi meletakkan calon berbangsa India selepas beberapa siri kekalahan dalam pilihan raya.
Sebaliknya, BN meletakkan calon yang lebih mewakili majoriti rakyat di situ iaitu daripada masyarakat Orang Asli.
“Pucuk pimpinan BN termasuk MIC membuat keputusan strategik yang mengambil kira bahawa di situ terdapat lebih kurang 6,000 penduduk Orang Asli.
“Dengan adanya sokongan daripada orang Melayu dan sebahagian masyarakat India dan Cina, kita boleh memang kerusi ini sekiranya kita mendapat sokongan 100 peratus daripada masyarakat Orang Asli.
“Bukan senang kerana ketika itu kerajaan dipimpin Pakatan Harapan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah pentadbiran persekutuan, maka sebagai parti yang pragmatis kita lihat sekiranya BN pilih seorang calon daripada Irang Asli, kita ada peluang lebih cerah untuk menang.”
Katanya, kemenangan di Parlimen Cameron Highlands pada 2019 itu menjadi titik tolak kepada rentak cemerlang BN dalam siri pilihan raya seterusnya.
PRU15 | MIC sedia lepaskan kerusi tradisi demi kemenangan BN - M. Saravanan
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#MIC
#Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan