awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?

Assim Hassan
Assim Hassan
01/11/2022
03:00 MYT
PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?
Sekiranya khabar angin itu benar, ini merupakan langkah politik pertama Musa yang kini berusia 71 tahun di gelanggang Dewan Rakyat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli politik terkenal, Tan Sri Musa Aman dikhabarkan akan bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ketua Menteri Sabah ke-14 itu dikatakan mengintai untuk bertanding di kerusi Parlimen Libaran.
Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI bahawa, Musa akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
"Kita tunggu sahaja pengumuman calon BN pada Rabu ini," katanya.
Bagi PRU15, Pakatan Harapan meletakkan calon daripada UPKO iaitu Timbalan Setiausaha Agungnya, Peter Jr Naintin untuk bertanding di Parlimen Libaran manakala Parti Warisan belum lagi mengumumkan calon untuk bertanding di kerusi itu.
Sekiranya khabar angin itu benar, ini merupakan langkah politik pertama Musa yang kini berusia 71 tahun di gelanggang Dewan Rakyat.
Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun (Mac 2003 hingga Mei 2018) juga bukan asing dalam kalangan pengundi di Parlimen Libaran.
Hal ini kerana Musa memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sejak tahun 1994 hingga 2018.
Parlimen Libaran mempunyai tiga Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gum-Gum, Sungai Sibuga dan terbaharu, Sungai Manila (selepas persempadanan semula).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi Parlimen Libaran dimenangi calon BN Datuk Zakaria Mohd Edris sebelum beliau menyertai Bersatu.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN menjadi rakan mentadbir kerajaan negeri Sabah selepas menang pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) serta dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.
GRS dan BN akan mengumumkan calon mereka pada Rabu ini.
Topic Berkaitan
#Gabungan Rakyat Sabah
#Musa Aman
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan