awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Nak reform UMNO? Cermin diri dulu' - kata Anwar kepada KJ

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/11/2022
12:11 MYT
PRU15: 'Nak reform UMNO? Cermin diri dulu' - kata Anwar kepada KJ
Anwar turut menyatakan bahawa UMNO tidak sewajarnya mempergunakan rakyat terutama ketika musim pilihan raya dalam memenuhi kepentingan peribadi parti itu. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KANGAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menempelak calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berhubung kenyataannya berkaitan perubahan atau reform yang akan dilakukan di dalam parti UMNO.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin itu tidak selari dengan tindakan yang dilakukannya seperti pemberian tender vaksin, serta 'kroni' di dalam projek aplikasi MySejatera.
Anwar turut menyatakan bahawa UMNO tidak sewajarnya mempergunakan rakyat terutama ketika musim pilihan raya dalam memenuhi kepentingan peribadi parti itu.
"Semalam saya pergi Sungai Buloh, (saya hendak) beritahu dekat Khairy Jamaluddin, amboi, dia kata nak reform, nak bawa perubahan dalam UMNO, hendak bawa perubahan dalam UMNO, hang cermin tengok muka hang.
"Vaksin beli pun tidak tender, MySejahtera bagi dekat kawan, syarikat pula Singapura, hendak reform apa? UMNO nak reform, reform lah, tapi jangan guna rakyat semasa pilihan raya buat janji palsu, sudah 60 tahun, cuti lah sekejap," katanya ketika menyampaikan ucaptama Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan bersama Anwar Ibrahim di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar pada Khamis.
Semalam, beliau menganggap visi Khairy untuk mengubah atau ‘reform’ UMNO adalah sesuatu yang mustahil.
Ketika turun berkempen di Parlimen Sungai Buloh, Anwar berkata, beliau sendiri yang pernah menjawat jawatan nombor dua dalam parti itu tidak mampu untuk melakukannya bahkan, bekas Timbalan Presiden UMNO itu mengakui, tugas itu bukan sesuatu yang mudah.
Anwar juga menyifatkan janji atau kata-kata untuk ‘reform’ UMNO adalah sesuatu yang sia-sia selagi terdapat kumpulan yang beliau gelar sebagai ‘penyangak’ masih berada dalam parti itu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#reform UMNO
#Anwar Ibrahim
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan