KUALA LUMPUR: Berkaliber, berkebolehan menyelesaikan isu rakyat dan celik media sosial adalah antara ciri dicari pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang bakal mengundi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kebanyakan pengundi baharu ini juga mahukan wakil rakyat yang berperanan mengharmonikan kawasan tanpa membezakan parti, warna kulit dan agama, selain efisien mendengar suara rakyat.
Guru tuisyen Lorrine Elspeth Lumandan, 20, dari Kota Kinabalu, Sabah, berharap agar wakil rakyat yang dipilih sentiasa mengotakan janji mereka untuk mengubah nasib rakyat dan bukannya atas dasar manifesto sahaja.
"Mereka harus sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat dengan turun padang melihat sendiri permasalahan mereka, mendengar keluhan rakyat dan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban mereka.
"Selain itu, wakil rakyat juga perlu tahu memanfaatkan media sosial dalam menyampaikan mesej kepada rakyat, terutamanya golongan muda kerana kebanyakan daripada masa kami dihabiskan dengan menggunakan media sosial," katanya yang bakal mengundi di Parlimen Sepanggar.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurqistina Safea Mohd Rashidi, 19, pula berpendapat wakil rakyat yang bakal dipilih pada PRU15 perlu peka kepada suara anak muda dengan mengambil berat akan kebajikan dan pendidikan negara.
Beliau yang akan pulang ke kampungnya di Ipoh, Perak untuk mengundi buat kali pertama pada 19 Nov ini, turut mahukan platform khas untuk anak muda berinteraksi bersama pemimpin parti politik dan wakil rakyat mereka menerusi media sosial.
"Saya juga akan melihat kepada penerimaan orang ramai terhadap pemimpin tersebut di media sosial dan kredibiliti mereka berdasarkan komen dan maklum balas daripada pengikutnya," katanya yang turut mengikuti perkembangan semasa calon-calon bertanding melalui berita.
Pelajar diploma Kolej Yayasan Pelajaran Johor, S. SharvinJay Nath, 19, yang bakal mengundi di Parlimen Iskandar Puteri, Johor pula berkata sudah tiba masanya parti-parti politik memberi peluang kepada orang muda untuk menerajui kepemimpinan setempat menerusi PRU15.
"Saya percaya pemimpin-pemimpin muda lebih bersemangat dan efisien dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana selain berstamina, mereka juga rajin turun padang membuat kerja-kerja kebajikan terutamanya ketika musim banjir dan malapetaka.
"Mesej yang disampaikan oleh mereka kepada rakyat juga lebih mudah difahami, terutamanya dalam kalangan orang muda kerana mereka juga celik media sosial dan sering kreatif menyampaikan isu-isu semasa kepada pengikutnya," katanya.
Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih setakat 9 Oktober lepas, sebanyak 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada PRU15 merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Kebanyakan pengundi baharu juga mahukan wakil rakyat yang berperanan mengharmonikan kawasan tanpa membezakan parti, warna kulit dan agama. - Gambar hiasan
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.