awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Perbuatan khianat rekod kesalahan pilihan raya terbanyak - Polis Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2022
07:13 MYT
PRU15: Perbuatan khianat rekod kesalahan pilihan raya terbanyak - Polis Sarawak
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menjelaskan antara kesalahan yang dilakukan termasuk pencerobohan, mencabut mencuri dan membakar bendera. - Astro AWANI
KUCHING: Polis Sarawak telah membuka 18 kertas siasatan daripada 48 laporan yang diterima berkaitan pilihan raya sehingga 14 November sejak hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ia melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta pilihan raya.
“Ada kesalahan yang berkaitan dengan pencerobohan, kemudian kesalahan khianat mencabut mencuri bendera dan bakar bendera.
“Kesalahan itu masih dalam siasatan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman yang memberikan impak yang jelas kepada ketenteraman awam dan masih terkawal,” katanya.
Kata Mohd Azman, daripada laporan tersebut, perbuatan khianat antara kes yang paling tinggi direkodkan iaitu 10 kes yang kebanyakannya di Kuching.
Sementara itu sebanyak 2,053 permit telah dikeluarkan kepada calon dan parti yang bertanding setakat ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau proses mengundi awal di IPK Sarawak di Kuching pada Selasa.
Topic Berkaitan
#PRU15
#khianat
#Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan