awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Peter Anthony ditahan, bantu siasatan kekecohan di Tenom

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/11/2022
05:23 MYT
PRU15: Peter Anthony ditahan, bantu siasatan kekecohan di Tenom
Pada Sabtukekecohan berlaku di pekarangan pusat pencalonan di Dewan DSP Antanom, Tenom oleh penyokong KDM sehingga menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata.- Fail/Astro AWANI
TENOM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditahan polis pada jam 12 tengah malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam satu kenyataan berkata, penahanan Peter dibuat bagi membantu siasatan susulan insiden kekecohan yang berlaku ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Tenom pada Sabtu.
Katanya, Peter bagaimanapun telah dibebaskan pagi tadi selepas proses rakaman percakapan.
“Siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar dan Peter diberikan jamin polis pada 6 November,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Idris menambah, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, kekecohan berlaku di pekarangan pusat pencalonan di Dewan DSP Antanom, Tenom oleh penyokong KDM sehingga menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata.
Gelanggang PRU15 sudah dibuka, untuk calon penuh klik di sini!
PRU15 | Pusat penamaan calon Tenom kecoh, penyokong merusuh?
Kejadian itu turut dirakam sebelum videonya tular di media sosial.
Idris dalam sidang media pada Sabtu memaklumkan kekecohan berpunca daripada penolakan pencalonan Peter.
Ujar beliau, penolakan pencalonan itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Peter Anthony
#rusuhan Tenom
#penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan