KANGAR: Perikatan Nasional (PN) Perlis akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar baharu bagi mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail petang ini.
Pengerusi PN Perlis Shukri Ramli berkata PN pusat telah menyampaikan watikah kepada pihaknya untuk mempersembahkan nama calon tersebut dan pelantikan menteri besar perlu mendapat perkenan Raja Perlis sepertimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.
"Semalam kita (PN Perlis) telah melakukan perjumpaan dengan pucuk pimpinan parti dan kami sebulat suara bersetuju untuk mempersembahkan satu nama calon Menteri Besar Perlis yang baharu kepada Raja Perlis petang ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata urusan pembentukan kerajaan negeri baharu di bawah PN berjalan lancar.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada satu perjumpaan dengan jentera PN Perlis beberapa bulan lepas berkata sekiranya PN menguasai Perlis, menteri besar akan dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas sebagai menghormati parti itu yang lebih senior dalam gabungan berkenaan.
Pada PRU15, PN berjaya menyapu bersih hampir seluruh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila berjaya menawan 14 daripada 15 kerusi, selain memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar.
Hanya satu kerusi DUN dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) menerusi Gan Ay Lin daripada PKR yang mengekalkan kemenangan di DUN Indera Kayangan.
Barisan Nasional (BN) pula mencatat keputusan terburuk sepanjang PRU di Perlis, apabila gagal mempertahankan sebarang kerusi termasuk kerusi DUN Bintong susulan kekalahan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man kepada calon PN-Pas Fakhrul Anwar Ismail dengan majoriti 4,329 undi dalam persaingan enam penjuru.
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022
Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata urusan pembentukan kerajaan negeri baharu di bawah PN berjalan lancar. - Foto fail
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
PRU15: PN persembah nama calon MB kepada Raja Perlis petang ini
PN Perlis akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar baharu bagi mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.