awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
Selangor, Terengganu sah ke separuh akhir Piala Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis Johor kenal pasti lapan lokasi panas

Bernama
Bernama
03/11/2022
14:09 MYT
PRU15: Polis Johor kenal pasti lapan lokasi panas
Polis Johor telah mengenal pasti lapan lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Polis Johor telah mengenal pasti lapan lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Beliau berkata pihaknya akan memberikan lebih tumpuan di lokasi yang telah dikenal pasti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat dan meninjau pusat penamaan calon Parlimen Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini hari ini, Kamarul Zaman berkata pihaknya juga akan melakukan pemantauan terhadap unsur 'perjudian' dalam mengatur keputusan pilihan raya dengan membeli undi oleh pihak tertentu.
Beliau berkata Polis Johor menyediakan kira-kira 8,600 pegawai dan anggotanya untuk bertugas di seluruh negeri itu sepanjang PRU15 dengan 3,800 orang akan ditugaskan di 26 pusat penamaan calon.
Bagi pengundian awal di negeri ini, Johor mempunyai 63 pusat dengan 96 saluran dan bagi hari pengundian pada 19 Nov, Johor mempunyai 1,024 pusat dengan 4,685 saluran.
Kamarul Zaman turut mengingatkan bahawa tindakan akan dikenakan kepada mereka yang melanggar etika serta peraturan pilihan raya serta menasihatkan parti politik untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Semua pihak terbabit juga diminta untuk saling bertoleransi supaya perjalanan proses pilihan raya nanti berjalan lancar, aman dan tidak ada sebarang gangguan," katanya.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis johor
#PRU15
#lokasi panas
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan