Skip to main content
Advertisement

Dunia

Semua syarikat penerbangan Iran henti operasi di seluruh dunia mulai 23 September - AS

[TB]_US Treasury Secretary Scott Bessent_REUTERS
Bessent menjelaskan bahawa hab antarabangsa yang memberikan perkhidmatan kepada pesawat Iran akan berdepan sekatan sepenuhnya daripada sistem perbankan AS. - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Semua syarikat penerbangan komersial Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia mulai Rabu, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

“Pada 23 September, semua syarikat penerbangan Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia,” kata Bessent kepada rangkaian televisyen AS CNBC ketika menjelaskan sekatan sekunder meluas yang bertujuan mengasingkan rangkaian penerbangan awam Tehran.

Bessent menjelaskan bahawa hab antarabangsa yang memberikan perkhidmatan kepada pesawat Iran akan berdepan sekatan sepenuhnya daripada sistem perbankan AS.

Beliau memberi amaran bahawa pengendali asing tidak boleh mengisi minyak pesawat, menyediakan kemudahan pendaratan atau menjual tiket penumpang tanpa mengambil risiko kehilangan akses kepada urus niaga dalam dolar AS.

Pegawai Iran tidak segera mengeluarkan kenyataan awam berhubung sekatan penerbangan yang dirancang itu.

Sekatan terhadap sektor penerbangan itu berlaku ketika Washington meningkatkan langkah ekonomi terhadap Tehran di bawah Operation Economic Fury, susulan perang Iran yang kini memasuki bulan ketujuh.

Perang itu bermula pada akhir Februari selepas serangan bersepadu oleh AS dan Israel yang mencetuskan gangguan maritim di Selat Hormuz, pertukaran serangan peluru berpandu serantau yang berterusan serta tekanan yang semakin meningkat terhadap saluran komersial dan kewangan Iran.

 -- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement