awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis Pahang terima tiga laporan berkaitan jenayah dan kesalahan pilihan raya

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
09/11/2022
06:45 MYT
PRU15: Polis Pahang terima tiga laporan berkaitan jenayah dan kesalahan pilihan raya
Ramli berkata kesemua kes telah dibawa ke perhatian pihak Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.- Gambar fail
KUANTAN: Polis Pahang telah membuka tiga kertas siasatan setelah menerima tiga laporan polis berhubung dakwaan berlakunya jenayah dan kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mulai hari pertama berkempen sehingga semalam 8 November.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua kes telah dibawa ke perhatian pihak Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.
"Satu berlaku di Bera tentang Seksyen 506 iaitu ugutan jenayah apabila seorang yang mengambil bahagian dalam isu kempen ini dan memasang bendera tetapi dikatakan dia tidak dibayar upah lalu dia mengugut seorang daripada kakitangan kempen ini dengan ugutan jenayah dan perkara ini telah disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan telah pun dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjut.
"Kes itu berlaku di Bera, di Triang seterusnya satu lagi kes juga telah berlaku di bawah Seksyen 427, khianat dimana telah mencabut bendera-bendera yang telah dipasang dalam kempen itu dan ini juga telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ramli lagi, satu lagi laporan polis juga diterima pada 8 November daripada calon Parlimen Kuala Krau Temerloh mengenai satu hantaran dalam Facebook yang berunsurkan pengembangan kepada perasaan jahat atau permusuhan, juga disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Beliau turut memaklumkan sehingga 8 November polis Pahang telah menerima sebanyak 499 permohonan permit dan diluluskan untuk tujuan ceramah.
Ramli juga menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan nilai-nilai mulia semasa berkempen dengan menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat bagi mengelak perasaan bermusuhan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Polis Pahang
#kesalahan pilihan raya
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan