awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ramanan yakin menang di Sungai Buloh, angkat Anwar jadi PM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/11/2022
06:06 MYT
PRU15: Ramanan yakin menang di Sungai Buloh, angkat Anwar jadi PM
Tegas Ramanan, dengan sokongan ADUN dalam Parlimen Sungai Buloh dan exco kerajaan negeri Selangor, kemenangan akan menjadi milik PH.
SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, Datuk R.Ramanan yakin parti itu akan dapat mempertahankan kerusi Sungai Buloh walaupun berdepan saingan calon popular Khairy Jamaluddin.
Tegasnya, dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam parlimen Sungai Buloh dan exco kerajaan negeri Selangor, kemenangan akan menjadi milik PH.
“Saya yakin dapat pertahankan kerusi ini. Saya setuju Khairy katakan dia adalah calon underdog tetapi dari segi sosial media sayalah underdog,” katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon Sungai Buloh di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini pada Sabtu.
Ujarnya, beliau dan jentera parti akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan pada PRU15.
“Yang penting mungkin calon, namun yang lebih penting dari itu ialah nak Perdana Menteri siapa? Jadi kita kena memastikan kita dapat sumbangkan kepada 112 kerusi yang diperlukan untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri,” tambahnya.
Kerusi Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Topic Berkaitan
#PRU15
#Sungai Buloh
#Ramanan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan