awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Rehatkan' UMNO untuk bersihkan parti itu - Nik Nazmi

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2022
22:30 MYT
PRU15: 'Rehatkan' UMNO untuk bersihkan parti itu - Nik Nazmi
Nik Nazmi ketika Ceramah Umum PH Parlimen Setiawangsa di Rampai Business Park, Kuala Lumpur pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Langkah terbaik untuk 'membersihkan' UMNO adalah dengan 'merehatkan' parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, dengan tidak memberi mandat kepada parti itu untuk mentadbir negara, ia sekurang-kurangnya dapat menjadi satu tempoh untuk 'pembersihan' parti itu.
"Mereka (UMNO) perlu diberi peluang untuk tidak mempunyai apa-apa kuasa pada PRU15 supaya 'pembersihan' itu dapat dijalankan.
"Pada pilihan raya lalu, rakyat sebenarnya telah 'merehatkan' UMNO, namun disebabkan Langkah Sheraton yang berlaku, UMNO masuk kembali melalui 'pintu belakang'," katanya kepada Sinar Harian semasa program Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) Parlimen Setiawangsa di Rampai Business Park dekat sini, pada Ahad.
Hadir sama dalam program tersebut, calon PH Parlimen Subang, Wong Chen dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid.
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin yang juga calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh dalam satu ucapan mengatakan bahawa beliau akan melakukan 'pembersihan' dalam parti itu dan memastikan keabsahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, meskipun UMNO mempunyai nilai sentimental kepada masyarakat Melayu, namun parti itu dilihat telah 'sesat' dan perlu kembali ke pangkal jalan.
Sementara itu, Nik Nazmi ketika ditanya tentang sama ada PH akan bergabung dengan UMNO sekiranya parti itu berjaya dibersihkan, beliau menjawab, kerajaan yang akan dibentuk hanyalah melibatkan gabungan itu sahaja.
"Kita (PH) berkempen dalam pilihan raya ini untuk kita (PH) sendiri menang majoriti," tambah beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Nik Nazmi
#pembersihan parti
#rehatkan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan