KUALA LUMPUR: Datuk Seri Edmund Santhara Kumar dicalonkan oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk bertanding di kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Haniza Mohamed Talha pula diumumkan bakal dipertaruhkan di kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, lebih banyak calon parti itu akan diumumkan Presidennya, Larry Sng tidak lama lagi.

Pada PRU14 lalu, Santhara memenangi 24,060 undi di kerusi Segamat dengan majoriti 5,476 undi mengalahkan Datuk Seri S Subramaniam (Barisan Nasional) yang meraih 18,584 undian dan Khairul Faizi Ahmad Kamil (Pas) dengan 2,676 undian.

Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM Datuk Seri Edmund Santhara Kumar dicalonkan oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk bertanding di kerusi Parlimen Segamat pada Pilihanraya Umum ke-15. Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis. Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Haniza Mohamed Talha pula diumumkan bakal dipertaruhkan di kerusi Parlimen Hulu Selangor. Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, lebih banyak calon parti itu akan diumumkan Presidennya, Larry Sng tidak lama lagi. Pada PRU-14, Santhara memenangi 24,060 undi di kerusi Segamat dengan majoriti 5,476 undi mengalahkan S Subramaniam (Barisan Nasional) yang meraih 18,584 undian dan Khairul Faizi Ahmad Kamil (Pas) dengan 2,676 undian.