SEREMBAN: Ketika parti-parti politik tanah air ketika ini sedang sibuk melakukan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebahagian masyarakat mungkin sudah penat dan tidak lagi bersemangat untuk mengikuti perkembangan itu secara dekat.
Walaupun mungkin tidak semua, tapi hakikatnya ramai juga di kalangan masyarakat terutamanya golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain golongan B40, lebih menumpukan perhatian untuk memperbaiki sumber pendapatan mereka.
Kos sara hidup yang meningkat, peluang pekerjaan terhad serta pengangguran sebenarnya masih lagi menjadi fokus utama masalah yang biasa didengari di serata pelusuk negara ketika ini akibat pandemik tersebut.
Malah, sebahagian golongan peniaga-peniaga kecil di sekitar Seremban, Negeri Sembilan yang ditemui mengakui tahap keyakinan mereka pada setiap janji politik setiap kali menjelang pilihan raya sudah pudar.
Ada dalam kalangan mereka pula mengakui hanya sekadar mengambil maklum mengenai arus politik semasa tetapi tidak lagi meletakkan harapan yang tinggi atau berminat mengikutinya secara dekat seperti sebelumnya.
Namun hakikatnya, keadaan bebanan semasa terutamanya kos sara hidup dan juga kenaikan harga barang telah menyebabkan jumlah pendapatan hasil perniagaan kian mengecil.
Bagi Anisah Ismail, 47 yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di Seremban 2 sejak lapan tahun lalu, mengakui bahawa jumlah pelanggannya tidak lagi seperti dahulu.
Malah, katanya orang ramai sehingga kini sangat berhati-hati mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli barang keperluan.
Baginya, kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang berlaku masih gagal ditangani dengan baik dan menjadi masalah utama yang perlu diselesaikan segera tanpa sebarang retorik oleh pemimpin.
“Sekarang mereka ni, memanglah kalau masa nak mengundi mereka datang cari kita, lepas mengundi tak ada berubah pun. Macam ni lah juga kami.
“Sekarang tak ada dah macam dulu, tengoklah ni sampai tengah hari pun masih belum habis lagi (barangan jualan).
"Kita peniaga memang rasa kenaikan harga barang yang gagal tangani apa lagi pelanggan,” katanya.
Meskipun begitu, jelasnya, sebagai warga yang bertanggungjawab dia tetap akan menunaikan haknya untuk memilih calon yang dirasakan mampu mengubah keadaan sekalipun ada kekecewaan sebelum ini.
Menurut seorang lagi peniaga, Inol Shahruddin Jamaluddin, 47, perkembangan politik semasa tidaklah banyak menarik minatnya selepas pelbagai isu yang melanda sebelum ini.
Namun katanya dia mengakui ada sebahagian pemimpin politik yang pernah menerajui kerajaan negeri itu telah melakukan beberapa inisiatif yang sangat bermanfaat bagi peniaga kecil sepertinya satu ketika dahulu.
“Bila dia bagi kita kelonggaran berniaga di tepi, amat memberi impak yang besar kepada kami semua.
"Untuk memulakan perniagaan walaupun kecil, ia memerlukan modal dan kos untuk (menyewa) tapak. Bagi kami ia bukanlah mudah," jelasnya lagi.
Bagaimanapun katanya ia tidak kekal lama selepas kelonggaran itu akhirnya ditarik balik apabila berlaku perubahan kerajaan pada PRU14 yang lalu.
Arahan berpindah ke tapak baharu yang disediakan kerajaan pada 2020 katanya telah menyebabkan ramai peniaga gulung tikar disebabkan ketiadaan pelanggan dan juga COVID-19 yang melanda.
Sementara itu, bagi Abdul Latif Hashim, 58 pula, dia menganggap perubahan dan krisis politik yang membadai negara sejak peralihan kuasa dalam kerajaan Persekutuan sehingga kini adalah lumrah biasa.
Namun, katanya apa yang agak mengecewakan adalah tugas sebenar dan fungsi sebagai pemimpin politik kepada masyarakat yang sepatutnya menjadi tempat menyelesaikan masalah.
Katanya, bagi golongan peniaga, kos sara hidup dan harga barang yang meningkat sepatutnya menjadi keutamaan paling tinggi.
Walaupun pelbagai insiatif yang telah cuba diketengahkan ini untuk menyelesaikanya namun hakikat sebenar yang dihadapi ketika ini adalah berbeza.
Dalam masa yang sama, dia juga berpandangan bahawa semua pihak dalam rantaian industri perniagaan itu sendiri juga haruslah bersikap jujur dan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga barang yang berlaku.
“Harga barang itu kita perlu kawal lah, bukan saya seorang yang mengawal harga ni, semua orang bertanggungjawab. Harga barang kawalan itu sepatutnya dikawal, penguatkuasaan mesti kuat dan telus,” katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Oct 22 2022

Sebahagian golongan peniaga-peniaga kecil di sekitar Seremban, Negeri Sembilan yang ditemui mengakui tahap keyakinan mereka pada setiap janji politik setiap kali menjelang pilihan raya sudah pudar. - Astro AWANI
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gandingan PH-BN mampu pertahan kemenangan di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat mampu mempertahan kemenangan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil 9 Sept ini.

Keputusan PRU15 lepas pengaruhi pengundian pada PRN - Pemerhati
Keputusan PRU15 memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada PRN enam negeri semalam.

PRU15: Rayuan bekas calon BN Segamat ditangguh
Rayuan Ramasamy terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyennya dan mengekalkan kemenangan calon PH di Parlimen Segamat ditangguhkan.

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"Kesian Tun Mahathir dikalahkan melalui rasuah" - Khaled Nordin
Mohamed Khaled bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kekalahannya pada PRU15 berpunca daripada rasuah.

SPR bincang tarikh PRK Kuala Terengganu Selasa ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Selasa ini (18 Julai) bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

CEO koperasi bergelar Datuk ditahan kes suapan RM250,000
Seorang CEO sebuah koperasi bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima suapan lebih RM250,000.

PRU15 bukti kebangkitan anak muda tegak Islam - Hadi Awang
Abdul Hadi memberitahu, ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam perubahan anak muda secara menyeluruh dan sempurna.