SEREMBAN:Hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah ketika ini menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik bagi sesebuah kerajaan.
"Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat atau pun lambat.
“Rakyat dah sedar bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh perdana menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, bukan atas desakan sesiapa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.
Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Perhimpunan Agung Tahunan 2020 parti itu memaklumkan bahawa PRU-15 akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau enggan mengulas kenyataan mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu diisi pemimpin UMNO.
"Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sudah buat kenyataan, cukuplah," katanya ringkas.
Semalam, media melaporkan bahawa Ahmad Zahid meminta agar pemimpin UMNO tidak mendesak Muhyiddin mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memberikan kuota itu kepada parti tersebut.
Bernama
Mon Nov 30 2020
Menurut Mohamad Hasan, majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah ketika ini menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik bagi sesebuah kerajaan. - Gambar fail
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada umat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.