awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Sulaiman sedia ke Parlimen, pentadbiran Melaka bakal bertukar tangan?

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/10/2022
10:00 MYT
PRU15: Sulaiman sedia ke Parlimen, pentadbiran Melaka bakal bertukar tangan?
Sulaiman Md Ali menghadiri Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, hari ini. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyatakan kesediaan untuk mempertaruhkan nasibnya di kerusi Parlimen buat julung kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu bagaimapun berkata, beliau menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan parti dan tidak akan menolak sekiranya diarah berbuat demikian.
“Saya ini orang semenda dalam politik, dipanggil datang disuruh pergi. Itu sahajalah.
“Saya orang politik, jadi kalau itu (bertanding) disarankan oleh pihak pucuk pimpinan (saya) menurut apa sahaja (diarah) oleh pihak Pusat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Sulaiman berkata demikian sebagai mengulas desas-desus kononnya beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah pada PRU15.
Ujar Sulaiman, beliau menerima secara terbuka apa sahaja keputusan pucuk pimpinan selain bersedia untuk bertanding di mana-mana daripada enam kerusi Parlimen di negeri ini
“Tidak kira mana-mana kerusilah, kerusi empuk ke kerusi tidak empuk ke, mana-mana pun di panggil saya datang,”selorohnya.
Dalam perkembangan sama, ketika diminta mengulas adakah pentadbiran kerajaan negeri akan bertukar tangan sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen kelak, jelasnya, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.
“Tidak semestinya bertukar (Ketua Menteri), dan tidak juga semestinya berada di situ,” kata beliau.
Sebelum ini, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lalu, situasi politik di negeri ini beberapa kali berdepan detik genting apabila timbul dakwaan kononnya jawatan Ketua Menteri akan bertukar tangan.
Spekulasi itu turut mendakwa Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhasrat untuk mengambil alih jawatan berkenaan meskipun ADUN Tanjung Bidara itu sudah beberapa kali menafikannya.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan