awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tempatkan Hasni di Simpang Renggam, keputusan tepat - Zakaria

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/11/2022
11:29 MYT
PRU15: Tempatkan Hasni di Simpang Renggam, keputusan tepat - Zakaria
Kata Zakaria, keputusan itu juga tidak sesekali mengguriskan hati pihak UMNO Bahagian Simpang Renggam. - Fail Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan Pengerusi Badan Perhubung UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat.
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, percaturan itu juga sebagai usaha untuk mengembalikan semangat perjuangan parti itu khususnya melihat kepada fasa kejatuhan BN pada PRU14 yang lalu.
Ketetapan itu juga ujarnya tidak pernah sesekali mengecewakan pihak UMNO Simpang Renggam.
"Prinsip saya adalah jelas iaitu kepentingan parti lebih utama berbanding kehendak peribadi.
"Apa jua keputusan yang dibuat pucuk pimpinan parti mempunyai matlamat jelas pada proses pengukuhan dan kestabilan parti," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI! [LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Ujar Zakaria, nasib BN pada PRU14 yang lalu ibarat seperti robohnya 'Kota Melaka' selain hanya berbakikan sisa kepimpinan parti yang perlu kembali bangkit di medan PRU15.
Justeru katanya, UMNO Bahagian Simpang Renggam sememangnya mendokong penuh keputusan tersebut bagi membolehkan bekas Menteri Besar Johor itu menawan kerusi terbabit.
Tambahnya lagi, faktor pengalaman Hasni juga mampu mengembalikan BN di landasan yang betul termasuk usaha untuk memperlihatkan Simpang Renggam lebih menyerlah selepas ini.
PRU15 bakal menyaksikan saingan hebat melibatkan Pengerusi BN Johor itu bersama penyandang kerusi berkenaan iaitu Dr Maszlee Malik.
Topic Berkaitan
#Hasni Mohammad
#Barisan Nasional
#PRU15
#Simpang Renggam
#Zakaria Dullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan