awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tiada isu di Jerai, keputusan dibuat Majlis Presiden PH - Anthony

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/10/2022
09:22 MYT
PRU15: Tiada isu di Jerai, keputusan dibuat Majlis Presiden PH - Anthony
Anthony Loke (tiga dari kanan) menghadiri majlis perasmian Pusat Operasi Pilihan Raya (POP) Pakatan Harapan Parlimen Jerai di Pekan Guar Cempedak, Gurun, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
GURUN: Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk mempertaruhkan calon DAP di Parlimen Jerai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak berikutan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden PH.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu merupakan hasil perbincangan pertukaran kerusi membabitkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang turut melibatkan Parlimen Alor Gajah.
Sehubungan itu, beliau berharap, kesemua parti komponen PH di semua Parlimen yang ditandingi dapat bergerak sebagai satu pasukan bagi memastikan gabungan itu memenangi PRU15.
"Seperti yang telahpun dinyatakan, kita ada pertukaran dengan Amanah. Parlimen Jerai ini kita ada rundingan dengan pihak Amanah di mana pihak Amanah kita (DAP) serahkan Parlimen Alor Gajah dan kita menerima kerusi Parlimen Jerai (pertukaran), sebagai satu keputusan atau satu keadaan di mana kita ada semangat (dalam) rundingan ini,” jelas beliau.
Anthony berkata demikian dalam sidang media selepas Perasmian Pusat Operasi Pilihan Raya (POP) Pakatan Harapan Parlimen Jerai di Pekan Guar Cempedak, di sini, pada Ahad.
Mengulas pemilihan Parlimen Jerai pula, beliau berkata, ia merupakan salah satu platform untuk DAP dijadikan pilihan di kawasan majoriti Melayu sekali gus membuktikan parti itu bukan anti-Melayu.
Terdahulu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sah dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta merta.
Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat pada hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan-keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.
Semalam, Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff diumumkan sebagai calon PH bagi Parlimen Jerai dalam satu majlis pengisytiharan calon yang dibuat di Bandar Laguna Merbok.
Keputusan itu juga difahamkan telah menyebabkan Phahrolrazi tidak kelihatan dalam majlis berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon DAP
#Parlimen Jerai
#Phahrolrazi dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan