awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
20/11/2022
08:47 MYT
PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber
Petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini, menurut sumber yang dipetik Astro AWANI sekali gus memberi gambaran kerajaan baharu tidak dapat dibentuk hari ini.
Susulan kenyataan itu, petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain.
“Tiada pergerakan pemimpin politik pada hari ini, kemungkinan mereka sedang berunding lagi.
“Maka, media boleh kembali pulang untuk tumpuan tugasan lain,” memetik sumber yang memaklumkan kepada media.
Sehingga jam 4.30 petang Ahad, media melaporkan masih belum ada pergerakan keluar/masuk pemimpin politik ke Istana Negara.
Sebelum ini hanya pergerakan masuk dan keluar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh ke Istana Negara direkodkan, untuk menyerahkan keputusan PRU15 kepada Istana Negara.
Istana Negara juga mengeluarkan kenyataan menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata nama calon Perdana Menteri Malaysia perlu dikemukakan kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang esok.
Jelasnya, gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti susulan gabungan parti politik untuk menjadi calon Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Istana Negara
#pemimpin politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan