awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tidak wajar pertikai pembahagian kerusi - Annuar Musa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/01/2021
02:27 MYT
PRU15: Tidak wajar pertikai pembahagian kerusi - Annuar Musa
ANNUAR: Tiba-tiba sekarang timbul kecelaruan, dengan ada pandangan nak mengenepikan Bersatu, ada nak kaji hubungan dengan Pas, dan pelbagai lagi. - Gambar fail
KOTA BHARU:Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menegur tindakan segelintir pihak yang sudah mula pertikaikan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kata beliau, tindakan itu kurang sesuai, kerana perundingan dalam jawatankuasa induk antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional baru dua kali diadakan.
“Pada saya, tidak semestinya kita terima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi perlu runding dahulu dan kalau betul-betul buntu, nak ‘mufarakah’ okey.
“Tetapi ketika ini belum ada apa-apa rundingan dan hanya kerana kita tidak mahu berkongsi kerusi, itu bukan kaedah yang baik,” jelasnya.
Jelas beliau lagi, rundingan dua kali bersama Muafakat Nasional dan Bersatu itu hanya membabitkan perkara urusetia.
Ia tidak merundingkan soal pilihan raya secara terperinci lagi, kata Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, hampir 70 peratus soal prinsip pengagihan dibincangkan namun belum secara terperinci.
Bagaimanapun, katanya, persetujuan telah dicapai antara tiga parti tersebut berhubung hampir 100 kerusi Parlimen.
Namun, kini timbul pelbagai pandangan dan cadangan berhubung soal mengkaji hubungan dengan dua parti itu, menimbulkan kecelaruan.
"Namun, tiba-tiba sekarang ini timbul kecelaruan, dengan ada pandangan nak mengenepikan Bersatu. Ada pula cadangan, nak kaji hubungan dengan Pas, dan pelbagai lagi.
"Sedangkan, pada peringkat awal tiada sebarang masalah," katanya.
Katanya, jika kecelaruan ini berpunca soal tidak puas hati pengagihan kerusi, ia boleh dibincangkan secara bersama dalam jawatankuasa berkenaan.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Bersatu
#PRU15
#pilihan raya umum
#Muafakat Nasional
#Perikatan Nasional
#UMNO
#Barisan Nasional
#kecelaruan
#jawatankuasa induk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan