BENTONG: Desas-desus Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding sebagai calon Parlimen di Jerantut, Pahang adalah satu mainan politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi.
Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, khabar angin begitu memang satu kebiasaan di mana-mana PRU, sebelum ini.
Tambah Saifuddin, seorang ahli parti akan menuruti arahan atau perancangan pihak Majlis Tertinggi (MT).
"Itu hanya desas-desus sebab saya pun, memang secara peribadi yang lain ini, dia mungkin tak boleh nak sebut saya boleh sebut, sebab saya penyandang kerusi Indera Mahkota ... jadi saya pun tidak boleh kata saya akan bertanding di indera Mahkota. Kalau tanya saya jika boleh menanglah, saya bersedia untuk mempertahankan kerusi Indera Mahkota bagi pihak Perikatan Nasional tetapi kita tidak tahu, pihak MT mungkin ada keputusan yang sedikit berbeza," kata Saifuddin.
BACA SEMUA BERHUBUNG LIPUTAN PRU15 DI SINI
Menurutnya, kesemua nama-nama calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, sudah dicadangkan dan mendapat persetujuan daripada tiga parti gabungan PN, iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan.
Mengenai nama calon Menteri Besar (MB) Pahang jika PN memenangi DUN Pahang pada PRU15 nanti, ianya akan diumumkan pada suatu masa yang sesuai.
Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Sambutan Hari Deepavali Perikatan Nasional Peringkat Negeri di Bentong pada Isnin.
"Mungkin sebelum pilihan raya atau pada masa yang bersesuaian kita akan umumkan itu bergantung kepada keadaan pada masa itu," tambahnya.
Astro Awani
Mon Oct 24 2022

Menurut Saifuddin, khabar angin begitu sememangnya biasa berlaku di mana-mana PRU sebelum ini. - Gambar fail

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.

Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.

'Persepsi masyarakat lihat PM campur tangan' - Tuan Ibrahim
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat campur tangan terhadap pertuduhan mahkamah melibatkan tokoh-tokoh politik ternama hanyalah persepsi masyarakat.

Pas nafi keluar PN - Tuan Ibrahim
Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Kes Muhyiddin: Tuduhan terpilih untuk tutup isu UMNO dan RoS - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas berdoa Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah.

Tuan Ibrahim pelik PM Anwar batalkan projek tebatan banjir
Menurutnya, bagaimana boleh adanya penjimatan sedangkan projek tersebut belum lagi bermula.

Dakwa titah Agong disediakan kerajaan, Tuan Ibrahim mohon maaf
Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat susulan ucapannya mengenai titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan.

Pembekuan akaun: Hanya untuk beri persepsi PN ada masalah integriti - Tuan Ibrahim
Tindakan pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sengaja dilakukan bagi memberi persepsi masalah integriti kepada Perikatan Nasional (PN) dan bukannya isu penyelewengan.

Saman fitnah: Rafizi diarah fail pernyataan pembelaan selewatnya 28 Dis ini
Tuan Ibrahim memfailkan saman terhadap Rafizi berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek.

Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan mengadakan pilihan raya di enam negeri secara serentak atau sebaliknya.

Tuan Ibrahim Ketua Pembangkang DUN Pahang
Perikatan Nasional (PN) memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.