Skip to main content
Advertisement

Malaysia

BAHTERA Pahang catat jualan RM92,155 sehari

[TB]_BAHTERA_KLIM
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, BAHTERA selari dengan fungsi utama agensi itu dalam memajukan perusahaan perikanan dan pemasaran ikan. - Foto LKIM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penganjuran sulung Bazar Himpunan Usahawan Pemasar Ikan dan Penternak Akuakultur (BAHTERA) peringkat Pahang mencatatkan jualan RM92,155 hanya dalam sehari.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memaklumkan jumlah itu direkodkan pada Sabtu menerusi tiga segmen jualan utama sepanjang program berkenaan.

Zon Segar merekodkan jualan tertinggi sebanyak RM63,138.40, diikuti Zon Pemprosesan RM16,488.60 dan Zon Kulinari RM12,528.

Program yang julung kali dianjurkan di Pahang itu berlangsung di Dataran Temerloh sebelum melabuhkan tirainya pada Ahad.

Susulan sambutan menggalakkan, LKIM merancang memperluaskan penganjuran BAHTERA ke negeri-negeri lain di seluruh negara.

Langkah itu bertujuan memastikan rantaian pemasaran perikanan negara terus diperkasa secara menyeluruh dan meluas.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, BAHTERA selari dengan fungsi utama agensi itu dalam memajukan perusahaan perikanan dan pemasaran ikan.

Katanya, program berkenaan menterjemahkan mandat LKIM menerusi inisiatif baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada usahawan perikanan dan masyarakat.

Inisiatif itu selaras dengan Seksyen 4(1)(a), Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Akta 47).

Majlis Perasmian Penutupan BAHTERA disempurnakan Muhammad Faiz dengan diiringi Ketua Pengarah LKIM, Abdul Salim Tajudin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Rashima Baharuddin; Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pelesenan LKIM, Norazian Safian serta Pengarah LKIM Pahang, Aida Irdawaty Mohamad.

Must Watch Video

Advertisement