awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata

Bernama
Bernama
12/11/2022
11:39 MYT
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata.
Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
"Saya bersetuju (dengan pengisytiharan harta oleh ahli politik) tetapi bukan dekat dengan pilihan raya. Kita kalau hendak buat waktu mana kita tidak kira. Itu kita bercakap dalam dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas turun berkempen bersama calon Pejuang bagi Parlimen Kuala Kedah Ulya Aqamah Husamuddin di Taman Bersatu, Jalan Batas Paip dekat sini hari ini.
Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbuat demikian.
Mengulas mengenai kenyataan calon BN Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang bercita-cita menjadi calon perdana menteri, Dr Mahathir berkata sesiapa sahaja boleh menjadi calon kalau mereka memenangi kerusi yang ditandingi.
"Banyak orang yang layak (jadi calon perdana menteri), tapi sama ada dia menang atau tidak belum tentu. Bila dah menang esok (nanti) cakap lah," kata penyandang Parlimen Langkawi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isytihar harta
#PRU15
#Mahathir Mohamad
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan