KOTA KINABALU: UMNO di setiap bahagian di Sabah diminta mengemukan lima senarai calon untuk diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, senarai itu perlu dikemukakan segera kepada badan perhubungan UMNO negeri itu untuk penilaian awal bagi menghadapi PRU15.
"Senarai itu perlu dikemukakan segera, sama ada individu dicadangkan mempunyai kedudukan dalam bahagian atau sebaliknya yang penting calon diketengahkan adalah berwibawa, memenuhi kriteria dan boleh diterima oleh rakyat.
"Matlamat pada PRU15 ini adalah memenangi setiap kerusi ditandingi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO, pada malam tadi.
Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, setiap senarai dikemukakan akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan kepada maklum balas rakyat akar umbi hasil dari pemantauan satu pasukan khas parti selain laporan daripada agensi berkaitan yang turut dinilai untuk menentukan calon benar-benar layak.
"Dalam menentukan calon pada PRU15 kali ini, konsep WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (boleh diterima) dan likeable (disenangi) akan menjadi garis panduan untuk meletakkan calon terbaik mewakili parti.
"Personaliti calon merupakan elemen utama dilihat oleh rakyat dan ia harus menjadi kriteria utama untuk UMNO dan BN, kebolehmenangan harus jadi keutamaan walaupun orang itu bukan penjawat utama di peringkat bahagian tetapi mempunyai daya kebolehmenangan tinggi juga akan menjadi kriteria pemilihan akhir seorang calon.
“Orang boleh terima tetapi tidak tentu orang suka jadi mesti mempunyai ketiga-tiga elemen ini untuk menjadi seorang calon, " katanya.
Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berharap semua bahagian dan cawangan UMNO di Sabah mengemaskini daftar pemilih termasuk mengenal pasti pengundi baharu khususnya golongan muda.
"Pastikan daftar pemilih dan bilik gerakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap bahagian dan cawangan dikemas kini dan mereka perlu mengadakan 'Simulasi Dry Run' bagi mengenal pasti kekuatan parti," katanya.
Tambah beliau, jentera BN dan UMNO perlu memastikan agar hati dan pemikiran pengundi di kawasan tumpuan itu dapat dimenangi supaya kerusi di kawasan tumpuan memenangi majoriti diperlukan.
"Saya merasakan bahawa seteru politik telah melipatgandakan kerja-kerja mereka dan saya yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik kita, maka kawasan-kawasan tumpuan akan kita peroleh semula kemenangan,” katanya.
Sehubungan itu, Bung Moktar mengingatkan setiap cawangan UMNO di semua bahagian perlu diberikan sokongan untuk mengadakan aktiviti parti agar jalinan kerjasama antara pemimpin dan ahli parti dapat diwujudkan bagi memperkukuhkan kekuatan parti menghadapi PRU15. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 10 2022

Bung Moktar (dua, kanan) mempengerusikan mesyuarat khas badan perhubungan UMNO Sabah di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto Sinar Harian

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.
![[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar [TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016264/26099335711680100046951_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil
Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik PoP yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah terlibat serta kawasan sekitar.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

Insiden pergaduhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu, dua individu terlibat dikenal pasti
Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu.

Pemimpin tinggalkan UMNO tiada integriti, pentingkan diri - Bung Moktar
Pemimpin tinggalkan UMNO tiada integriti, pentingkan diri - Bung Moktar

"Yusof, James memang suka lompat parti" - Bung Moktar gesa SPRM siasat ADUN Sabah
Sabah terkenal dengan wakil rakyatnya yang suka lompat parti, kata Bung Moktar.

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.

Bung Moktar sokong wujudkan Kerajaan Perpaduan Sabah
Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah yakin bahawa melalui Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik itu mampu meredakan suhu politik di Sabah.

Politik Sabah: 'Tiada apa-apa, bincang masa depan parti sahaja' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat masih berteka-teki mengenai khabar angin kerjasama di antara BN dan Parti Warisan (Warisan) untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

UMNO, BN tidak ketandusan pemimpin walaupun ramai diheret ke mahkamah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata pengalaman parti itu menempuh pelbagai cabaran sejak ditubuhkan menjadikan parti sentiasa kukuh.

PRU15: UMNO Sabah minta lima senarai calon setiap bahagian
Senarai itu perlu dikemukakan segera kepada badan perhubungan UMNO negeri untuk penilaian awal bagi menghadapi PRU15.