Skip to main content

Dunia

Jet pejuang tentera AS terhempas semasa latihan

Insiden berkenaan menyebabkan pesawat F-16 itu terbakar sejurus selepas jatuh, namun pasukan kecemasan berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian. - Foto X/Nick Sortor
Insiden berkenaan menyebabkan pesawat F-16 itu terbakar sejurus selepas jatuh, namun pasukan kecemasan berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian. - Foto X/Nick Sortor

Advertisement

Advertisement

MICHIGAN: Sebuah pesawat pejuang F-16 milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas dan terbakar ketika menjalani latihan di negeri Michigan pada Khamis.

Menurut polis negeri Michigan, juruterbang, yang merupakan satu-satunya individu berada di dalam pesawat itu, berjaya melenting keluar sebelum nahas berlaku.

Juruterbang berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Advertisement

Pihak berkuasa turut mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam di lokasi kejadian.

Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang menyebabkan pesawat pejuang itu terhempas.

Advertisement

Insiden berkenaan menyebabkan pesawat F-16 itu terbakar sejurus selepas jatuh, namun pasukan kecemasan berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian.

Tentera AS belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai sifat latihan yang sedang dijalankan ketika kemalangan berlaku.

 

 

Must Watch Video

Advertisement