awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Ini mungkin pilihan raya saya yang terakhir' - Muhyiddin

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
28/10/2022
08:16 MYT
PRU15: 'Ini mungkin pilihan raya saya yang terakhir' - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mengesahkan bakal bertanding di Pagoh bagi mempertahankan kerusi itu. - fotoBERNAMA
MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini berkemungkinan menjadi pentas terakhir buat beliau untuk bertanding dalam pilihan raya.
Malah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mengesahkan bakal bertanding di Pagoh bagi mempertahankan kerusi itu.
"Saya cakap itu maknanya pilihan raya ini mungkin yang terakhir buat saya. Tidak mengapalah. Saya juga nak bagi tahu rakan-rakan saya supaya berikanlah peluang kepada orang muda-muda.
"Hampir 50 tahun saya terlibat dalam politik nasional dan telah pun memegang pelbagai jawatan. Maka saya merasakan ia sudah cukuplah. Kasi chance pada orang lain," katanya pada sidang media selepas sesi ramah mesra bersama masyarakat Cina di Bukit Kepong, di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun ujarnya, beliau tetap akan menabur khidmatnya untuk tempoh lima tahun lagi sekiranya gabungan itu menang dalam PRU15 nanti.
Katanya, PN, khususnya parti Bersatu, masih mempunyai pelapis muda yang berkaliber serta mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebaik pengunduran dirinya itu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Calon PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan