awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Wan Azizah isytihar harta RM1.36 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
09/11/2022
23:30 MYT
PRU15: Wan Azizah isytihar harta RM1.36 juta
Dr Wan Azizah juga mengisytiharkan tidak mempunyai hartanah, barang kemas dan karya seni, hutang dan tidak membuat sebarang pelaburan. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.36 juta.
Kesemua aset tersebut dimilikinya setakat 31 Oktober tahun ini.
Wang tunai atau simpanan yang dimiliki Wan Azizah merupakan yang terbanyak di empat bank iaitu di Bank Islam Malaysia Berhad - pemilikan sendiri berjumlah RM525,608.53; di Standard Chatered Bank Malaysia Berhad - pemilikan bersama (RM340,177.83); Maybank Malaysia Berhad- pemilikan bersama (RM65,161.95) dan Tabung Haji (RM70,000).
Selain itu, beliau juga memiliki empat kenderaan iaitu Perodua Myvi yang dibeli pada 2017 dengan nilai pasaran semasa RM29,300; Perodua Myvi dibeli pada 2018 (RM37,100), Toyota Velfire dibeli pada 2020 (RM288,000) dan sebuah motosikal Yamaha Lagenda dibeli pada 2021 (RM5,350).
Selaku penyandang Ahli Parlimen Pandan, beliau mempunyai pendapatan sebagai wakil rakyat berjumlah RM16,351.54.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar'
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
PRU15 | Anwar dah isytihar harta, ini jumlah aset bersih Anwar
Beliau juga mengisytiharkan tidak mempunyai hartanah, barang kemas dan karya seni, hutang dan tidak membuat sebarang pelaburan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan setiap calon yang mewakili parti itu dalam PRU15 supaya mengisytiharkan harta masing-masing. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Azizah Wan Ismail
#PRU15
#isytihar harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan