awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie

Bernama
Bernama
23/07/2022
09:40 MYT
PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie
MOHD SHAFIE: Namun, pada saat ini kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah. - Gambar fail/Astro AWANI
KANGAR: Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Buat masa ini, kita ingin pastikan bahawa Warisan menjadi pilihan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan selepas PRU-15 nanti, baru kita akan teliti mana-mana parti dan pihak yang bersesuaian untuk melakukan kerjasama.
"Namun, pada saat ini kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah," katanya pada sidang media selepas pelancaran Warisan peringkat negeri di sini hari ini.
Sebelum ini parti itu telah melebarkan sayap ke Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dan selepas Perlis, Mohd Shafie berkata Warisan akan kembangkan sayapnya ke Kedah.
"Kita tidak bercadang membuka cawangan di seluruh semenanjung Malaysia, sebaliknya hanya memilih beberapa negeri yang boleh meraih sambutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Warisan
#Warisan
#kerjasama
#parti politik
#pilihan raya umum
#PRU15
#Mohd Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan