KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata dalam keadaan negara menghadapi isu harga barang, UMNO seharusnya mengurangkan kegawatan dalam parti sebaliknya memperkukuh solidariti dan terus fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
"Saya fikir sekarang ini elok kurangkan kegawatan, pucuk pimpinan harus cari jalan harmonikan keadaan.
"Dari terus serang-menyerang dan terus-menerus gawat, kalau boleh saya cadangkan harus ada pihak ambil tindakan uruskan hal ini, dan tidak membincangkan ia secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu pada satu sidang media khas selepas digugurkan dari MT UMNO pada 24 Jun.
Ditanya sama ada beliau menandatangani SD berkenaan, Annuar berkata: "Saya tidak terlibat".
Sementara itu, Annuar menafikan laporan media mengenai mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
"Palsu!. Sebagai menteri komunikasi saya boleh jawab dengan ringkas, ia adalah palsu," katanya.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet yang diadakan setiap minggu hanya membincangkan soal berkaitan negara dan kebajikan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Menurut Annuar, dalam keadaan negara menghadapi isu harga barang, UMNO seharusnya mengurangkan kegawatan dalam parti sebaliknya memperkukuh solidariti dan terus fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.